Catatan Popular

Isnin, 12 Jun 2017

JALAN KEROHANIAN 'AMRU BIN UTSMAN AL MAKKIY

'Amru ini ialah seorang daripada guru Al-Junaid. Suatu hari dia menulis sepucuk surat kepada Al-Junaid, Syibli dan Hariri yang berbunyi, 'Orang yang berani masuk ke dalam jalan kerohanian (tariqat sufi) ini ialah orang yang telah mengetahui yang dia akan menempuh dua ribu batang sungai yang amat deras airnya dan dua ribu buah gunung berapi sebelum dia mencapai 'kenal diri'. Barang siapa yang tidak berani menghadapi percubaan itu, maka lebih baik jangan cuba mengatakan dirinya sebagai orang yang mencari makrifatullah'.
    
  Apabila surat dari 'Amru yg berada di Mekah itu sampai kepada aulia Allah yang berada di Iraq, mereka mentafsirkan bahawa dua ribu buah gunung api itu sebagai keadaan² bukan wujud yang mesti ditempuh oleh orang dalam perjalanan itu dan dua ribu batang sungai itu sebagai wilayah wujud yang akan dimasuki supaya sampai kepada kehampiran dengan Allah. Mendengarkan ini, Al-Junaid berkata bahawa dia hanya telah menempuh satu halangan itu sahaja. Hariri berkata dia hanya baru berjalan tiga langkah sahaja. Sybili berkata bahawa mereka berdua itu telah beruntung juga kerana dia sendiri belum pun masuk ke dalam satu daripada keadaan tersebut.

Tiada ulasan: